Maklumat Penanaman Petunia Easy Wave

Petunia Siri Easy Wave
P. x hybrida

Jumlah biji benih (Bersalut)
: 33,000 biji / oz. (1,200 biji / g)

Percambahan
Media
Gunakan media yang kering, tidak berpenyakit dengan pH 5.5 hingga 6.0 dan EC pada lebih kurang 0.75 mS/cm (ekstrak dalam nisbah 1:2)

Semaian
Penutupan biji benih tidak disarankan. Penyiraman yang mencukupi adalah disarankan supaya salutan pada bji benih akan dilarutkan.

Peringkat 1 – Percambahan mengambil masa 4 – 5 hari

  • Suhu tanah: 22 - 24°C
  • Cahaya: Pilihan
  • Kelembapan: Pastikan tanah adalah sangat lembap (tahap 5) semasa Peringkat 1 untuk percambahan optimum.
  • Kelembapan relatif (RH): Kekalkan pada 100% sehingga radikel dapat dilihat.

Peringkat 2

  • Suhu tanah: 20 – 24°C
  • Cahaya: Sehingga 2,500 f.c. (26,900 lux)
  • Kelembapan: Mula kurangkan kelembapan (tahap 4) untuk membolehkan akar tumbuh dalam media
  • Baja: Bubuh baja pada kadar 1(kurang dari 100 ppm N / kurang dari 0.7 mS / cm EC) dalam bentuk nitrat dengan fosforus yang rendah.

Peringkat 3

  • Suhu tanah: 18 – 21°C
  • Cahaya: Sehingga 2,500 f.c. (26,900 lux)
  • Kelembapan: Benarkan bahagian atas media kering menjadi warna coklat muda (tahap 2) sebelum penyiraman. Kekalkan tahap kelembapan pada kitaran basah – kering (tahap kelembapan 4 ke 2).
  • Baja: Tingkatkan kadar baja ke 2 (100 hingga 175 ppm N / 0.7 hingga 1.2 mS / cm EC). Jika pertumbuhan adalah lambat, bubuh baja ammonium dan nitrat yang seimbang dengan baja yang lain. Kekalkan pH media pada 5.8 hingga 6.2 dan EC di antara 1.0 dan 1.5 mS / cm (nisbah ekstrak 1:2).
  • Penggunaan “Growth Regulators”: Pada mula, kawal pertumbuhan anak benih dengan keadaan persekitaran, nutrisi dan penyiraman. Kemudian kawal dengan penggunaan “growth regulators” jika perlu. Kurangkan penggunaan baja nitrogen dalam bentuk ammonium untuk mengelakkan pertumbuhan anak benih menjadi terlalu panjang. Suhu berlainan (DIF) boleh juga digunakan untuk mengawal ketinggian. Uji semua “regulators” dahulu.

 Peringkat 4

  • Suhu tanah: 16 – 18°C
  • Cahaya: Sehingga 5,000 f.c. (53,800 lux) jika suhu dapat dikawal
  • Kelembapan: Sama seperti Peringkat 3
  • Baja: Sama seperti Peringkat 3


Pertumbuhan Sehingga Dewasa

Saiz Bekas
- Flat 1801 & Pek 306: 1 pucuk / sel
- Pasu 4 inci (10 cm): 1 pucuk / pasu
- Pasu 6 inci (15 cm): 1 – 3 pucuk / pasu
- Bakul 10 inci (25 cm): 3 – 4 pucuk / bakul

Media
Gunakan media yang kering, bebas penyakit dan tidak bertanah dengan pH 5.5 hingga 6.2 dan caj medium nutrien pendahuluan.

Suhu
- Malam: 14 – 18°C
- Siang: 16 – 24°C

Petunia sebaran siri Baby Duck Yellow boleh tumbuh pada suhu sekurang-kurangnya 10°C. Masa pembungaan boleh dikaitkan dengan suhu purata apabila pertumbuhan berada dalam keadaan masa siang yang tepat. Baby Duck Yellow akan mengambil masa yang lebih lama untuk pembungaan sekiranya keadaan adalah lebih sejuk.

Cahaya
Pastikan cahaya adalah setinggi mungkin sementara suhu dikekalkan

Baja
Petunia Baby Duck Yellow memerlukan baja yang lebih dari yang biasa disarankan untuk petunia lain. Untuk mendapatkan keputusan yang baik, gunakan baja rendah fosforus dalam bentuk nitrat pada kadar 4 (225 hingga 300 ppm N (1.5 hingga 2.0 mS / cm EC)) untuk penyiraman. Gunakan ammonium dan baja rendah fosforus dalam bentuk nitrat yang seimbang semasa perlu untuk menggalakkan pertumbuhan dan pH media yang seimbang. Kekalkan pH media di antara 5.8 dan 6.2.

Fotoperiod
Baby Duck Yellow akan berbunga dengan berjaya dalam masa 10 jam. Akan tetapi, masa pertumbuhan dalam keadaan masa 10 jam akan memanjangkan jumlah masa pertumbuhan sehingga 10 – 14 hari lamanya berbanding dengan masa siang 12 jam.


Jadual Pertumbuhan

-
Semaian sehingga pemindahan (400 hingga dulang dengan 288 lubang): 4 – 6 minggu
- Pemindahan sehingga pembungaan: 5 – 7 minggu


Jumlah Masa Pertumbuhan

Saiz Bekas

# Pucuk

Musim Bunga

Musim Panas

Flat 1801, Pek 306

1/sel

10 – 12 minggu

8 –10 minggu

4 inci / 10 cm

1/pasu

10 – 12 minggu

8 –10 minggu

6 inci / 15 cm

2 – 3/pasu

10 – 12 minggu

8 – 10 minggu

10 inci / 25 cm

3 – 4/bakul

10 – 13 minggu

8 – 11 minggu


Masalah Lazim
Tiada masalah yang serius sekiranya kultur dan amalan IPM digunakan.


PERHATIAN
: Anda boleh merujuk fakta di sini sebagai permulaan. Jadual pertumbuhan bergantung kepada cuaca, lokasi, musim dan keadaan persekitaran rumah hijau. Bahan kimia dan penggunaan “growth regulator” hanyalah cadangan. Anda dinasihati supaya membaca and mengikut arahan label terkini untuk memastikan bahawa penggunaan bahan kimia tertentu adalah mengikut undang-undang yang berkenaan.